Klik tabung saya. KLIK! KLIK! KLIK!

tinggalkan link url anda :)

Tuesday, 18 August 2015

Ayam Goreng Kunyit







Bahan-bahan ( 4-5 orang makan. )
5 keping dada ayam dipotong2 kecil.
3 urat kacang panjang di potong ikut suka.
2 batang baby corn.
1 biji bawang besar dihiris melintang.
3 ulas bawang putih di titik.
1 biji cili merah di mayang.
1 biji cili hijau di mayang.
1 biji telur kuning.
1 sudu makan tepung gandum.
1 1/2 sudu makan sos tiram.
Minyak untuk menggoreng.
1/2 sudu kecil garam, perasa & gula.

Cara-cara
Masukkan isi ayam yg telah dipotong kedalam bekas, bubuh sedikit garam, serbuk kunyit, kuning telur dan juga tepung gandum tadi. kemudian digaul sehingga rata.

Bubuh minyak banyak sikit ke dalam kuali dan tunggu sehingga minyak panas. Kemudian masukkan isi ayam yg telah diperap tadi ke dalam kuali dan mula menggoreng sehingga kekuningan. Jangan terlalu garing.

Tos kan ayam yang telah di goreng tadi dan keluarkan minyak dari kuali. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali untuk sesi menumis pula.

Untuk bahan menumis pula, masukkan bawang putih, bawang besar, cili hijau dan merah, kacang panjang dan juga baby corn. Tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan pula sedikit garam, perasa, gula dan juga sos tiram.

Masukkan ayam yg telah digoreng tadi ke dalam bahan yg telah ditumis dan di gaul rata.

Siap! Sedia untuk dihidangkan :))

2 comments:

nuffnang