Klik tabung saya. KLIK! KLIK! KLIK!

tinggalkan link url anda :)

Saturday, 12 October 2013

kisah pengemis dan isteri cantik





Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.


"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.


Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.


Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.


Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.


Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.


Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".


Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".


Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :


"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".

MyEm0.Com

12 comments:

  1. perkongsian yang berpengajaran :)

    semoga kita tergolong dalam orang-orang yang ikhlas dan rajin bersedekah.

    ReplyDelete
  2. Menghulurkan sedikit kepada yang memerlukan akan dibalas banyak oleh Allah swt. Walaupun bukan orang yang berkenaan membalasnya tetapi akan dibalas oleh orang lain. Tetapi apabila bersedekah janganlah mengharapkan apa2 balasan di dunia... yang pasti ganjaran diakhirat yang lebih indah.

    ReplyDelete
  3. betul2 menginsafkan..

    tp skrg ni keliru ntuk berikan bantuan sedemikian rupa (jika masuk ke halaman rumah) sbb byk sgt berlakunya penyamaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye jugak..zaman sekarang mcm2 kan..kalau macam tu tapau je makanan dalam tupperware bg dia..grill pintu jangan bukak..huu

      Delete
    2. dia tipu itu antara dia dgn Allah..walaupun dia menipu..kita dapat pahala sebab niat kita ikhlas sebab nak tolong :)

      Delete
  4. bila diberi rezeki lebih , kena lah berkongsi dgn org lain jugak kerana rezeki itu dtg dari Allah dan at anytime Allah boleh tarik balik. nice story ^_^

    ReplyDelete
  5. best entry nih. sebenarnya lagi byk kita bersedekah lagi banyak balasan dalam bentuk pahala, material, ketenangan, keberkatan yang kita akan dapat.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sis,walaupun duit kita tak cukup utk kita sedekah, kita tetap kena sedekah....in shaa Allah,dengan bersedekah,kita tidak akan jatuh miskin....

    ReplyDelete
  7. Seindah pengajaran untuk lelaki dan juga wanita..
    bersedekahla selagi kita mampu.. kerana Allah boleh tarik keupayaan itu bila2 masa sahaja ..

    ReplyDelete
  8. indah kn sedekah ni =) xrugi pn kalau kita bersedekah..rezeki yg Allah bg mstilah dikongsi bersama..cerita yg menarik

    ReplyDelete

nuffnang